Tuesday, 7 August 2012

Lagu Raya Kembali Lagi

Lagu raya kembali lagi. Ya!! lagu raya kembali lagi. Apabila masuk pertengahan puasa semakin ramai yang ghairah dan teruja untuk mendengarkan lagu-lagu raya diputarkan di radio. Itu belum termasuk lagu raya yang diputarkan di pusat membeli belah sebagai daya tarikan untuk mereka yang sedang membeli kelengkapan hari raya. Mujurlah pihak berkuasa penyiaran telah menetapkan syarat bahawa lagu raya hanya boleh diputarkan selepas pertengahan bulan Ramadhan. Kalau tidak rasanya seawal 5 puasa kita sudah boleh mendengar lagu-lagu raya di corong-corong radio. Dj-dj radio ni pandai. Sapa yang paling putarkan, radio mereka lah yang jadi pilihan. Bulan puasa tak ramai pulak yang berebut nak dengar lagu puasa kan? Lagu puasa pun boleh dikira dengan jari. Adalah satu dua lagu, tu pun tak popular.

Lagu Raya
Bercakap pasal lagu raya, sebenarnya ramai yang masih meminati lagu-lagu raya yang lama. Apakah lagu raya masakini tidak menarik? Wooo lagu raya Siti Nurhaliza tak sedap ke? Rasa macam biasa dengar gak kat radio. Paling selalu keluar lagu Nazam Lebaran. Tapi aku tak minat pun. Hehe. Tidak dinafikan memang ada yang meminati lagu-lagu raya alaf baru termasuklah aku tetapi aku lebih cenderung kepada lagu-lagu raya lama yang diberikan nafas baru. Kalau dengar lagu raya versi lama aku rasa sedih. Hahahah... dengar lagu raya pun touching ke!!! Mengalahkan perantau pulak. Kalau perantau memanglah sedih bila dengar lagu raya. Time raya je ingat kampung, time lain tak ingat pun nak balik. Hehe

Agaknya apa lagu raya baru yang keluar tahun ini. Rasa macam nak dengar juga. Sambil-sambil tulis blog ni sedap gak layan. Aku pun dah lama tak mengunjungi kedai muzik, jangan kata lagu raya, lagu-lagu bukan raya pun dah lama tak beli. Zaman sekarang ni orang lebih suka muat turun lagu raya di internet je. Bukannya nak dengar lama, lepas hari raya dah tak dengar lagi dah lagu-lagu raya ni semua.

Sebenarnya meriah atau tidak sambutan raya bukanlah bergantung kepada lagu raya. Ianya adalah cuma untuk memeriahkan sambutan je. Nak pasang lagu Hindustan pun boleh sebenarnya, tak ada salahnya pun. Tapi tak kena lah dengan suasana. Pening pulak pakcik makcik tetamu yang datang nanati. Cukuplah aku membebel pasal lagu raya untuk hari ini. Esok-esok aku letak lagu raya pulak. Boleh kita dengar sama-sama sambil makan kuih tart... oppss!! lupa plak sekarang ni tengah berpuasa. Hehe. Kalau rasa-rasa dah tak sabar nak dengar lagu raya tu cari je cd kat supermarket. Sekarang ni mesti diaorang dah keluarkan semua cd raya tu.

Salam hormat buat semua pembaca. Selamat berpuasa dan selamat berbuka in advance. Jangan lupa dengar lagu raya.

No comments:

Post a Comment